Wednesday, 24 September 201419:24
Pengenalan
Diploma Pengurusan Perniagaan mensasarkan untuk meningkatkan dan memperkayakan pengetahuan pelajar merentasi pelbagai disiplin perniagaan dan membantu untuk menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran kerjaya dalam perniagaan kontemporari. Ini adalah satu bidang dinamik pengajian bagi pelajar-pelajar yang ingin membangunkan kemahiran dalam pelbagai kajian seperti pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan juga keusahawanan. Disebabkan sifat fleksibel rangka kerja kursus, pelajar mampu untuk memilih laluan yang sesuai untuk kepentingan mereka, sama ada untuk memasuki pasaran pekerjaan atau untuk melanjutkan pengajian mereka dalam pelbagai program perniagaan.
*Di semester 8, pelajar perlu menjalani latihan di tempat kerja (On Job Training) selama 3 bulan bagi meningkatkan kemahiran yang telah diperolehi semasa di kolej ke tempat kerja yang sebenar.*
Pentauliahan
Semester 1 - 2 : Sijil Vokasional Tahap 1 (Pra-Diploma)
Semester 3 - 4 : Sijil Vokasional Tahap 2 (Pra-Diploma)
Semester 5 - 6 : Sijil Vokasional Tahap 3 (Diploma )
Semester 7 - 8 : Sijil Vokasional Tahap 4 & Diploma Vokasional Malaysia (DVM)
Prospek Kerjaya
Program ini mampu untuk mendidik dan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dalam bidang yang berkaitan dengan menggabungkan semua aspek kajian perniagaan dan keusahawanan. Oleh itu, graduan mempunyai pelbagai pilihan kerjaya seperti di bawah:
- Penolong Pegawai Pentadbiran Perniagaan
- Penolong Pegawai Pengurusan
- Penolong Pegawai Kerajaan
- Usahawan E-Commerce
- Jualan dan Eksekutif Pemasaran
- Penolong Pegawai Sumber Manusia
- Perancang Perniagaan
- Penolong Pegawai Pembangunan Perniagaan
- Penyelidik Perniagaan
- Penolong Pegawai Pemasaran
- Penolong Pegawai Pelaburan
- Penolong Pegawai Operasi
- Usahawan
- Agen Insurans
- Penolong Pegawai Khidmat Pelanggan
- Penolong Pegawai Komputer dan Sistem Maklumat
- Penolong Operasi Perbankan dan jenis lain
19:07
Pengenalan KVDLM
Assalamualaikum...dan salam sejahtera.
kami merupakan pelajar Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja. Disini kami akan memberi sedikit latar belakang berkenaan Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja.
Sejarah KVDLM
Sebelum sekolah ini diiktiraf sebagai Kolej Vokasional sekolah ini telah diberi nama sebagai Sekolah Lanjutan Kampung Rembau (SLK) dan nama ini merupkan nama pertama bagi KVDLM. Sekolah Lanjutan Kampung Rembau (SLK)siap dibina pada tahun 1958. Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh Y.A.M Undang Rembau pada 25hb Jun 1958. Sekolah ini telah dibina di bawah Rancangan Colombo pada tahun 1958. Bidang pelajaran yang ditawarkan ialah akademik, vokasional, pertanian dan sains.
Pada tahun 1961, sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah latihan Perusahaan yang menawarkan kursus selama dua tahun kepada pelajar-pelajar dewasa. Juga dikenali sebagai Sekolah Pertukangan Luar Bandar. Nama sekolah diubah sekali lagi pada 1 Januari 1969 iaitu Sekolah Menengah Vokasional (Pertanian) Rembau. Hanya pelajar lelaki sahaja dibenarkan belajar di sekolah ini sehinggalah tahun 1990.
Pada tahun 1999,telah dinaiktaraf menjadi Sekolah Menengah Teknik Pertanian, Rembau. Sekolah ini telah menawarkan dua aliran iaitu aliran teknik dan aliran vokasional (pertanian).
Akhirnya pada tahun 2003, nama sekolah ini telah diubahsekali lagi menjadi Sekolah Menengah Teknik Dato Lela Maharaja iaitu mengambil sempena jawatan Undang Rembau iaitu Dato Lela Maharaja. Nama Undang Rembau ialah Dato Hj Muhd Sharif.Kursus kejuruteraan seperti mekanikal,elektrik dan awam mula ditawarkan seiring dengan misi sekolah,SMTDLM peneraju aliran teknik kebangsaan. Pada tahun 2012 sekolah menengah teknik ini telah bertukar nama kepada Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja (KVDLM)